Melihat dunia yang bebas tanpa sempadan ini,sungguh pedih mata melihat fesyen-fesyen barat dibanggakan..Malah fesyen-fesyen islamik kini ditranformasikan menjadi fesyen barat..Rata-rata manusia yang bergelar islam di dunia ini bagaikan sudah tidak arif tentang pemakaian yang dituntut oleh Agama...Pakaian menutup aurat diperlekehkan begitu sahaja..Disinilah bermulanya antara satu sebab mata kaum adam di dunia ini merayap-rayap melihat mencari kepuasaan maksiat mata..
HUKUM MELIHAT MAHRAM
Seseorang lelaki diharuskan melihat mahramnya kecuali anggota diantara pusat dan lutut.Seseorang perempuan juga boleh melihat lelaki yang menjadi mahramnya kecuali di antara pusat dan lutut..MASA YANG MEMBOLEHKAN LELAKI MELIHAT PEREMPUAN BUKAN MAHRAMNYA
Hukum yang sebenar ialah lelaki HARAM melihat dan menyentuh perempuan bukan mahram tanpa sebarang hajat dan keperluan.Sekiranya seseorang lelaki perlu melihat atau menyentuh perempuan kerana suatu keperluan,ia dibenarkan.Hajat dan keperluan adalah timbul dalam perkara-perkara berikut:
1. Untuk keperluan perubatan.Ia diharuskan kerana pengharamannya membawa kepada kesulitan.Islam adalah agama yang mudah dan ia mengenepikan perkara-perkara yang menyusahkan.Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Dia(Allah) tidak menjadikan kamu menanggung keberatan dan susah payah dalam perkara-perkara agama" (Al-Hajj:78)Oleh itu dibenarkan melihat ditempat sakit yang memerlukan perubatan.Jabir r.a menceritakan:
Ummu Salamah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk berbekam.Lalu Nabi s.a.w memerintahkan Abu Toibah melakukannya. (Riwayat Muslim dalam kitab salam, bab setiap penyakit ada ubatnya dan sunat berubat,no. 2206.)Oleh itu,doktor lelaki boleh mengubati pesakit wanita jika tidak ada doktor wanita yang boleh mengubatinya.Begitu juga sebaliknya.Walau bagaimana pun,doktor lelaki tidak boleh mengubati pesakit wanita melainkan kehadiran mahramnya atau suami wanita itu atau kehadiran seorang wanita yang boleh dipercayai.
Jika ada doktor beragama Islam,kita tidak boleh berubat dengan doktor yang bukan Islam.
3. Untuk penyaksian sama ada ketika menjadi saksi atau ketika memberi kepada tertuduh pada pendakwa.
4. Ketika pembelajaran.Iaitu belajar atau mengajar perkara-perkara yang wajib atau sunat dipelajari kerana ilmu itu berfaedah dari sudut syarak.
Jika memandang dan memegang dibenarkan sebagaimana yang telah disebutkan, pandangan itu hendaklah sekadar memenuhi keperluan sahaja .Pandangan diharuskan kerana Darurah dan keperluan.Darurah dan keperluan dibenarkan sekadar yang boleh menghilangkan kesusahan dan untuk melaksanakan matlamat.
WALLAHU 'ALAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan